skip to main | skip to sidebar

Pendidikan Karakter melalui Pramuka

Pendidikan Karakter melalui Pramuka

Biodata Saya

My Photo
Deli'Scout
View my complete profile
Flag Counter

Berita Terkini

  • ► 2013 (8)
    • ► May (3)
    • ► February (4)
    • ► January (1)
  • ▼ 2012 (113)
    • ► December (30)
    • ► November (30)
    • ► October (31)
    • ▼ September (19)
      • Al Qur’an Tajweed Flash Download
      • Profesor Termuda di Amerika Adalah Orang Indonesia
      • Pesawat Anti Gravitasi
      • Plug In Al Qur’an pada Microsoft Word
      • Teknologi Maklumat dalam Islam
      • Aeryon Scout Mendapat Solusi GIS Lanjutan
      • Mencari Laptop Lewat Internet
      • Tips Beli Notebook Baru
      • Samsung Siapkan Layar Transparan Canggih pada Sept...
      • Spinning Hat TypeScreen, Perpaduan Unsur Modern Da...
      • Zero Devices Z2C, Komputer Mini dengan Prosesor Du...
      • Cara untuk Mengetahui Akun Twitter Palsu yang Mem-...
      • Arti ‘Open’ Menurut Google dalam OS Open Source An...
      • Photoshop Terbaru tidak akan Support dengan Window...
      • Cara Download File Torrent Menggunakan IDM
      • Robot Pengintai
      • Robot Kecil Dengan Harga Sangat Terjangkau
      • Tunas Remaja 3 di Bumi Perkemahan Rancong 2011
      • Perkemahan Wirakarya Nasional di Seulawah Scout Ca...
    • ► August (2)
    • ► July (1)

SaudaraQ

Popular Posts

  • Visio PSP Ponsel Lokal Bodi Ala PlayStation Portable
    Visio PSP Ponsel Lokal Bodi Ala PlayStation Portable - Berita Teknologi INDOTekno.info - Nah kali ini angin segar datang...
  • Pengertian Cisco
               Cisco adalah peralatan utama yang banyak digunakan pada jaringan area luas atau Wide Area Network (WAN). Dengan cisco router...
Delly'Scout. Powered by Blogger.

INSPIRASI DELI

Wednesday, September 26, 2012

Teknologi Maklumat dalam Islam

Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sekarang sudah separuh syawal berlalu.. Pelbagai perkara yang sudah berlaku sepanjang bulan syawal yang mulia seperti mendapat duit raya yang banyak, baju raya yang baru dan sebagainya. Walaubagaimanapun, jangan kita lupa dan leka pada perkara ibadah-ibadah sunnah yang digalakkan pada bulan ini. InsyaAllah, pada kali ini, penulis ingin mengajak rakan-rakan untuk membincangkan tajuk; Teknologi Maklumat dalam Islam.
Firman Allah SWT;
"...Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.."
(Surah Mujadalah 58:11)
Dari Riwayat Imam Tirmidzi, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:
"Kelebihan orang berilmu dari orang 'abid (orang yang banyak beribadah) seperti kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku"
Teknologi ICT adalah salah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Kita sebagai pelajar dan Umat Islam tidak seharusnya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan diri dan ummah. Penyampaian maklumat pula menjadi satu unsur penting dalam penyebaran ilmu dan dakwah islamiah. Ramai masyarakat kini berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan diri dan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah masih kurang jelas dikalangan masyarakat Islam itu sendiri. Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan komputer, bermain permainan video dan boleh 'melayari' (surf) dunia siber melalui internet sedangkan soal pembangunan perisian, penyediaan bekalan bagi membina prasarana siber, rangkaian komputer, penyelidikan teknologi malah membaik pulih komputer sendiri pun masih dikuasai oleh bukan Islam. 
Imam Al-Ghazali pernah berkata, beliau tidak setuju dengan orang yang hidup sezaman dengannya kerana orang-orang pada masa itu merasa aib apabila mereka tidak mempuunyai ilmu pengetahuan dalam bidang fiqh, dan pada masa yang sama meninggalkan fardhu kifayyah yang lain. Mereka tidak mempunyai doktor kecuali ahli dzimmah (penduduk yang selain dari orang islam dan menetap dalam negara Islam). Roh dan aurat mereka diserahkan kepada ahli dzimmah sehingga melanggar batasan syara'. Situasi yang berlaku di zaman Al-Ghazali ini boleh dikatakan situasi yang sama berulang dalam dunia teknologi sekarang ini. Penguasaan teknologi subur dalam masyarakat bukan islam baik dari timur ke barat. Umat Islam hanya membincangkan keburukan yang ada pada teknologi tersebut yang sepatutnya kita (umat Islam) mesti terus bersaing dengan mereka bagi penguasaan dan penghasilan sesuatu teknologi. Dr. Yusof Al-Qardhawi , seorang ulama' besar masa kini pernah menulis dalam kitabnya FiFiqh al-Awwlawiyat-Dirasat Jadidaj fi Dow'il al-Quran wa as-Sunnah ketika beliau membicarakan soal mana yang lebih afdal antara 'Penerapan hukum Syariat' atau ' Pendidikan dan Maklumat' :
"Terjadi suatu perdebatan di sini bahawasnya kebanyakan orang yang aktif di bidang Islam - khususnya orang-orang yang sangag kuat keinginannya -  memberikan penumpuan yang sangat besar terhadap persoalan yang mereka sebut 'penerapan syariat Islam'. Mereka hanya memberikan perhatian kepada satu segi saja, iaitu penerapan hukum Islam.
Sesungguhnya tidak dapat diingkari lagi bahawa aktiviti tersebut merupakan salah satu bahagian daripada Islam, yang tidak boleh kita lalaikan, atau kita berpaling daripadanya.
Akan tetapi kalau kita sangat berlebihan memberikan perhatian kepadanya dan membicarakannya, serta menganggapnya sebagai perkara utama dan puncak tujuan kita, maka sesunggunhnya hal ini akan membawa kesan yang buruk terhadap pemikiran Islam, amal Islami dan kesan yang tidak baik terhadap pemikiran manusia biasa. Keadaan seperti ini dapat dimanfaatkan oleh musuh-musuh Islam yang dapat membahayakan syariat dan dakwahnya. Saya selalu mengatakan : "Sesungguhnya hukum-hukum saja tidak akan dapat mencipta masyarakat dan tidak dapat mengembangkan umat. Sesungguhnya yang dapat membentuk masyarakat dan membangunkan umat adalah pendidikan dan pengajaran, kemudian hukum-hukum tersebut memberi perlindungan dan perisai kepadanya." Oleh sebab itu, kita mesti memberikan perhatian terhadap persoalan yang hakiki ini dari segi pemikiran dan tindakan. Kita harus membuat rencana pengembangan dan rancangan yang sesuai supaya dapat menghasilkan generasi yang berjaya mempergunakan kaedah yang sesuai, sistem yang menarik, audio visual aids, teknologi canggih, yang dapat mewujudkan pentingnya agama untuk kehidupan, dan menegaskan kesempurnaan Islam, keadilan hukum-hukumnya, keluarbiasaan kitab sucinya, kebesaran Rasul, keseimbangan peradaban dan kekukuhan umatnya."
Dengan jelas, pandangan Qardhawi menyatakan umat Islam akan terdedah kepada penjajahan sekiranya kita masih lagi lena dengan penjajahan sekiranya kita masih lagi lena dengan perkembangan teknologi yang terus dikuasai bukan Islam.
Benar, tidak dapat dinafikan teknologi memang membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi, politik serta peradaban manusia. Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat, unsur-unsur penyelewengan aqidah, penentangan syariah Islam, penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi, perjudian secara online, pornografi dan sebagainya. Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membenteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam, maka kini umat Islam sudah mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran ilmu dan risalah agama tauhid ini. Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi, GIGO, sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya.
Teknologi Maklumat boleh menjadi satu cara yang efektif untuk menyampaikan ilmu dan dakwah. Konsep dunia tanpa sempadan menjadikan skop penyampaian maklumat lebih luas. Penyebaran ilmu dan fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi.
Kesimpulannya, kita harus memberi perhatian yang serius terhadap ilmu teknologi maklumat dan bukannya sekadar boleh menaip menggunakan komputer, melayari internet atau bermain permainan video sahaja malah ianya boleh diperluaskan lagi hingga ke tahap penyelidikan dan penghasilan teknologi itu sendiri tanpa perlu menggadaikan nilai-nilai Islam. Waallahu'alam.

* Sumber: Projek myMasjid
Posted by Deli'Scout at Wednesday, September 26, 2012

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates